Monday, July 13, 2009

Hi!! Eka is back!


ieka yang sekarang......07/2009


Agak terlalu lama eka tidak menulis di blog ini......bukan apa, cuma eka kehilangan katakuncinya...nasib baik abah ada, thanks to abah yang menunjukkan eka cara untuk mendapatkan kembali 'password' eka tu.


Thanks abah for being my super 'dad'!

Tuesday, August 28, 2007

Abah belanja makan

25 - 08 - 2007 - abah bawa aku dan famili yang lain untuk makan malam kat medan selera Dataran Shah Alam.. mmmmm best betul makan kat situ. Tapi kan bila dah malam sikit, suasana jadi tak best sebab banyak pulak mat-mat rempit asyik dok preettt sana preettt sini, suasana jadi bising plak! Boring betul aku...





Ni tengah syok menghirup Jus Mango original...
memang best jus dia, gelas sebesar-besarnya ooo...
Makanan dia pun ok...

Saturday, August 4, 2007




Bunda....Wajah teduhmu laksana samudera

Panjang jalinan kasihmu

Tiada terkira

Sekali hasrat anakanda ingin buka

Buka isihati bonda

Ingin lihat apa yang tebuku indah

Ingin cuba mencari erti senyum dan tangis bonda

Katakan bonda

Sungguh anakanda tak kuasa mencari

Apalagi mendapat erti senyum dan tangis itu

Hanya kepenatan jua kini menghampiri

Walaupun dapat anakanda duga dan sangka

Namun tak kunjung jua mampu merasa
Satu pasti yang anakanda tahu
Pengorbanan untuk membesarkan anakanda
Hanya bisa ditanggung isihati seorang
Bunda....

Friday, July 27, 2007

Janji dan Azamku wahai ayahanda ku...

Kanku perbataskan perbuatanku,
Kanku singkatkan perbualanku,
Kanku sukat gerak dan gayaku,
Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku,
Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki ajnabi.
Keranaku tahu juaku mengerti,
Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya,
Dilihat dari akhlaknya,Ditinjau dari lemah-lembutnya,
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya,
Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya.
Pandanglah kataku,Renunglah dengan mata hatimu setulusnya, Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu,
Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan,
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran.
Seperti katamu yang kusemat dihatiku,
Hati ini milik-Nya,Cinta ini kerana-Nya, Hidup ini semestinya untuk-Nya.
Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu, dan pandangan hatilah yang hakiki.
Ketika iman sudah menghiasi hati, dan kemanisannya mula dikecapi,
Semua ujian tidak akan menggugat diri,
Kesunyian kesedihan dan kekecewaan akan berganti,
dengan keyakinan dan kesyukuran.
Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman?
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya?